Ayat Penegasan

 
  • Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberi penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat
  • Kata penegas boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu kata penegas partikel dan kata penegas akar
 
Kata penegas partikel
 
  • Kata penegas partikel digunakan sebagai penegas dalam sesuatu ayat atau pernyataan
  • Kata penegas ini digunakan untuk menegaskan frasa predikat atau bahagian-bahagian tertentu dalam ayat.
  • Kesemua kata penegas ini dirangkaikan dengan perkataan yang mendahuluinya
  • Contoh kata penegas partikel iaitu: 
Kata Penegas Huraian Contoh ayat
kah Diggunakan bagi menegaskan sesuatu pernyataan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya atau ayat sesuan Di manakah destinasi yang kamu pilih untuk bercuti nanti ?
lah Diggunakan untuk menegaskan sesuatu perintah, permintaan dan pernyataan Fikirkan lah perkara itu masak-masak sebelum kamu membuat keputusan.
tah Diggunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan dan keadaan harian Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

 

 
Kata penegas akar
 
  • Kata penegas ini menegaskan frasa nama sebagai subjek dan frasa prediket atau sebahagiannya. Ianya juga boleh disebut sebagai kata penegas akar.
  • Kata penegas ini sifatnya bebas yang bermakna ianya boleh berada pada awal, pertengahan dan akhir ayat. 
  • Contoh kata penegas yang menegaskan frasa subjek dan frasa prediket adalah:
 

 

Kata Penegas Makna Contoh Ayat
Juga Sering digunakan untuk menegaskan sesuatu pernyataan 

Ali bukan sahaja aktif dalam sukan tapi dia juga seorang pelajar yang cemerlang.

Ali juga ingin mengikut lawatan yang bakal diadakan itu.

Lagi Berfungsi untuk memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya

Bila lagi kamu akan pergi melawat adik kamu di hospital?

Kereta api dari Ipoh itu masih belum tiba lagi.

Pun Memberi penekanan kepad ayat penyata

Murid-murid perempuan pun turut serta dalam acara sukan tersebut.

Apabila pengetua memberi ucapan, semua pelajar pun berhenti bercakap dan menumpukan sepenuh perhatian.

Memang Sering digunakan untuk memberi penekanan kepada ayat penyata.

Siti memang tidak suka makan buah durian.

Cikgu Ali memang akan menjadi guru disiplin yang baru.

Sahaja Digunakan untuk menegaskan atau memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat tanya

Adakah Siti seorang sahaja yang hadir ke kelas tambahan itu ?

Di dalam keluarga tersebut hanya Amin sahaja yang tidak mempunyai bakat dalam bidang lukisan.